Monday, May 3, 2010

Awek Cun : Tapi Bengong

Kebanyakan awek hari ini banyak yang cun-cun. Dari segi rupa sememangnya tidak dinafikan bahawa mereka tampak jelita.. namun dari intelektual mereka... bak kata pepatah bunga yang cantik jangan dikatakan semuanya wangi.. Bunga tahi ayam pun cantik tapi kalau dekat cium bau Allah sahaja yang tahu busuk ke tidak..

Hari ini saya bukanlah berniat ingin mengata semua awek cun di Perak atau pun di Malaysia ni semuanya bengong tetapi jika diamati di Facebook, Friendster atau Twitter ramai awek-awek terutama orang-orang Perak dan seluruh Malaysia ini bengong..

Sebab-sebab:
  1. Suka sangat upload gambar-gambar peribadi terutama yang menunjukkan bahagian-bahagian badan (dada/upper body) yang seksi dimata lelaki walaupun bukan dimata perempuan.
  2. Suka pula apabila ramai peminat yang membuat komen atas gambar mereka sedangkan mereka telah digunakan untuk imaginasi seks para lelaki yang melihatnya.
  3. Rela di download gambar kemudian di superimpose untuk bahan lepas nafsu lelaki.
Wahai semua awek Perak dan Malaysia.. sedarlah dan ketahuilah bahawa lelaki mempunyai imaginasi yang terlalu tinggi.. yang tak dapat difahami oleh wanita.. Lelaki sudah cukup melihat anda semua memakai pakaian ketat dan mereka sudah boleh membayangkan bagaimana rupa bentuk tubuh anda..

Dengan melihat bentuk dada anda semasa memakai pakaian yang sendat mereka sudah boleh membayangkan bentuk buah dada anda..

Perkara ini adalah fakta yang telah terbukti di dalam sebuah kajian sains di Amerika dan telah disahkan oleh seorang Ustaz yang masyhur bahawa sememangnya lelaki ini mempunyai sifat sebegitu.. Imaginasi seks lelaki amat tinggi sehingga mereka mampu ghairah walaupun pasangan mereka hanya memakai pakaian biasa sahaja..

Dengan sedikit ketat dan sendat dibahagian-bahagian yang tidak sepatutnya anda sudah mampu menghairahkan seorang lelaki.. terutama lelaki yang sudah berkahwin dan telah lama tidak bersama pasangan mereka atau bermasalah dengan pasangan mereka..

Itulah sebabnya Allah menjatuhkan hukuman rejam bagi mereka yang berzina apabila sudah berkahwin.. bukan sebab suka-suka tetapi sememangnya lumrah manusia yang sudah berkahwin kalau buat jahat (berzina) dia akan menjadi jahat lebih dari orang bujang..

Fikir-fikirlah anda sebelum meng'upload' gambar-gambar anda ke Facebook dan sebagainya...


No comments:

Post a Comment